Monday, June 28, 2010

Ohhh..Maktok

Salam. Nama emak mentua saya : Hjh. Che Siah Binti Hj. Din

Nama ibunya : Zainab
Umur : 77 tahun


Mohon jasa baik tuan yg mulia apalah kiranya sudi membaca yassin (hajat), mohon yg terbaik kepada ALLAH swt untuk ibu mentua saya yg kini di dlm wad I-C-U (sangat2 tenat dgn satu buah pinggang sahaja).


Yg terbaik daripada ALLAH swt samada nak dijemput balik dgn 'Husnul Qatimah' ataupun menyembuh dgn rahmatNYA. Terima kasih, Jazakallah. Ma'assalama - Al-Fakir, Shaharrudin.

Ahad mlm sebelum tidoq baru perasan ada sms seperti di atas dari Mamu. Cuti sekolah lepas Alhamdulillah sempat melawat maktok dan semasa tu sudah semakin sembuh dan dah boleh bercakap seperti biasa selepas dimasukkan ke ICU. Maktok sebenarnya tidak langsung tahu yg dia hanya mempunyai 1 buah pinggang. Semua ini dibuat demi kebaikkannya juga. Kalau diberitahu, pasti Maktok tak akan menjalani pembendahan tersebut.

Seingatku, ini adalah kali ke-3 maktok dimasukkan ke ICU. Pagi tadi sempatku membacakan surah Yassin hadiah dariku yg jauh untuk Maktok.




Mama & Shiela pun call jugak tadi inform pasal hal ni. So, dapat lagi info tambahan. Bermula dengan Maktok gatal-gatal satu badan lepas mkn ubat hingga menyebabkan kaki jadi hitam akibat dr alergic ubat tu. Segera maktok dibawa ke hospital Pantai. Sampai di sana maktok mengadu pulak sesak nafas, Alhamdulillah semasa kejadian dah berada di hospital so tindakan cepat dapat dilakukan.

Dikatakan jantung maktok berhenti selama 1 minit. Cuba bayangkan kalau keadaan tu Maktok masih berada di rumah?? Nauzubillah.

Moga Maktok bertambah sihat hendaknya. Tapi jika ketentuan Allah sebaliknya, ku hanya mampu redha & berserah. Ikutlah mana yang terbaik daripada Allah untuk Maktok.

Hari Ilmu PKNS



Dah nampak banner sepanjang jalan mggu tu. en cikgu pun dah setuju untuk turut serta. Memang sejak dr kecik aku dikenali sbg ulat buku, cuma semenjak berumah tangga ni dah kurang sikit aktiviti. MASA..Ya...sgt-sgt lah tidak mengizinkan. Insyaalah nak cuba jugak curi sedikit masa sambil-sambil untuk kembali ke hobi zaman dulu.


Kebetulan masa sampai di PKNS tu DYMM Sultan Selangor kita tengah buat lawatan rasmi ke setiap gerai. Jadi dapatlah melihat dengan lebih dekat & tengok secara 'live' mcmanalah rupanya Sultan Selangor kita nih. Rock jugak siap pakai rantai leher & tangan emas wooo... Sambil diiringi MB Selangor & ada la org besar yg lain yg kurang kukenali. Kalau tanya en. cikgu dia mesti tau.

Lebih kurang 3 jam disitu, itu pun belum puas. Iyalah mcmana nak kelebek lama-lama kalau dah sekali dengan budak berdua tu. Itu pun dikira lama jugak en cikgu dok mengkelebek. Benda-benda kelebek mcmni mmg kena dtg tanpa budak berdua ni. Tak salahkan diorang jugak, sure boring kan, dengan sesaknya, panasnya. en. cikgu ni punya perangai pulak, kalau dikelebek memanglah sgt lama, bukan setakat buku, baju ka, kasut ka semua akan dilihat & digaya secara terperinci. Gaya mcm nak beli.

Sempat jugak membeli buku ini. Ramai sgt kawan-kawan en. cikgu yg kata best. Sempat jugak kubaca tatkala mendodoi Umar dibuaian, tengah-tengah malam time semua org dah tido. Itu saja la masa yang sempat dibaca & dapat membaca dengan tenang tanpa gangguan. Dah lebih dari separuh ku baca.

Isi kandungan setakat telah dibaca:
Menceritakan tentang keganasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin. Bagaimana asal kemasukan rejim Zionis ke tanah Palestin. Terdapat dalil-dalil yang menyatakan tanah Baitulmaqdis perlu dipertahankan daripada ditakluki oleh orang bukan Islam. Semangat rakyat Palestin yang mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis.

Tak pandai sgt nak menghuraikan tapi byk benda yang sebelum ni tak pernah diketahui atau kurang difahami dengan sebenarnya sedikit sebanyak terungkai. Barulah kutahu betapa kaum Yahudi ni sgtlah jahat sedari dulu lagi semenjak zaman sebelum Rasulallah s.a.w. Dan betapa kuatnya pengaruh Yahudi ni di seluruh dunia dimana kebanyakkan negara2 yg berkuasa besar berada di tgn mereka. Kitab2 mereka seperti kitab Talmud sgtlah sesat dan sgt mengejutkan. Memang jahat sgtlah diorang ni. 'Salute' dgn Palestin yang terus menerus mempertahankan bumi suci Batulmaqdis.

Perlu sambung baca sampai habis nih...

Tengahari esoknya, en. cikgu yang blm puas mengkelebek menyambung kembali kelebekkannya. Kali ni en. cikgu bawak kakak bersama ke PKNS lagi. Ada la habuan utk dia nnt.


Masih belum sempat dibaca & didengar. DVD Al-Quran menurut en. cikgu untuk meyakinkan lagi bacaan2 yang perlu disebut. Kadang kala tidak pasti betul ke bacaannya mcm ni



Kakak pun mestilah dapat habuan jugak dah alang-alang mengikut. Asyik-asyik beli buku princess je. So kali ni beli exam pad Ana Muslim plak. Kan nampak sopan & so cute kan. Pink semestinya la...



Tuesday, June 22, 2010

Kronologi Balik Kg Cuti Sekolah June

Ada ka yg berminat nk tau??? heheheh....tak kira nak habaq jugak...
Blh dikatakan lama jugak tak balik, last time cuti skolah bln 3 dulu. Beginilah nasib bila berpasangan dengan cikgu, cuti sekolah baru boleh balik kg ye murid-murid....dah tu berebut2 plak...balik Penang jap, Kedah jap..
Oleh kerana jarang2 sgt balik kg, cuti kali ni mestilah diisi sepenuhnya dgn aktiviti yg paling utama dan berfaedah...kekdahnya..

AGENDA-AGENDA:

1) Melawat Kakak a.k.a sepupu en cikgu yg patah kaki sbb jatuh kat Giant di Ipoh
Moga kakak cepat sembuh....

2) Kona ke Seri Manjung
Kebetulan parents en cikgu pn dtg melawat Kakak di Ipoh dan lgsung tidoq di Seri Manjung. Dah kenen2 dgn en cikgu, alang2 dah sampai Lumut dah lebih 10 kali sampai baik ke Pangkor terus. Round2 jugak di Marina Island iaitu pulau buatan dan jeti baru utk ke Pangkor dimana berkedudukan lebih dekat utk ke jeti Pangkor. Takpa kita survey dulu harga utk aktiviti Island Hoping, manatau on the way nak balik blh singgah sini lg...

Angin yg kuat menghembus muka adik dan kakak di Marina Island

3) Keesokannya lps sampai Penang rumah ibubapaku tercinta, melawat lg org sakit yakni nendaku yg tercinta di Hospital Pantai Mutiara. Sblm ni dpt tau maktok masuk ICU...moga maktok cepat sembuh..

4) Alang2 dah sampai Penang Island, lajak plak ke Batu Feringghi, dah 4 thn tak mai sini...punya la jauhhhh..

Adik sampai ja lena plak....

Kakak dah warning awal2 nak naik horse sbb en cikgu dah janji...
Mummy pn tumpang sekaki

Adik baru lepas caj bateri...apa lagi. 1st time dapat main pasir puas2...syok kena tanam


Dua2 org kena tanam sekerat pinggang

5) Juga merongkah beg2 peninggalan mama & abah. Mama & abah balik umrah hrtu Alhamdulillah ada jugak rezeki utk kami. So dok melaram la budak2 ni...

Kakak suka sgt dgn skarf tu, berejam2 dok melilit sana sini...puashati tokmama beli

Adik pun dapat jubah cute, lg terserlah ke'arab'an dia...

6) Kedah rumah ibu & bapa mertuaku tersayang...
Wuish ibu mertuaku dah buat pagar baru....

7) Tasik Darul Aman di Jitra.
Cuti dulu kakak & en cikgu je naik menatang kayuh2, so kali ni kami join jugak naik bot cruise...RM12
round2 satu tasik, malangnya baru 1 round dah hujan, so soh cepat2 je balik kang demam lagik buadak2 nih. Kakak dah merajuk sbb tak dpt jugak nak main mendalah mcm Hakim & Arissa main tuh....

Adik kena paksa gak pakai life-jacket, demi keselamatanmu nak oii...

8) Kembali ke Penang
Seperti kebiasaan sebelum balik Shah Alam mesti singgah Penang dulu. Minded en cikgu mcm dekat sikit la nak sampai shah alam, tak terasa jauh sgt, which is I really like ..heheheheh

9) Pantai Dubai
Ex-schoolmate ku bagi nama tempat ni, ntah sempena apa. Kat area tol bagan yg baru tuh....
Sebelum ni sampai Penang kakak tak sempat jumpa geng, kali ni geng dah ada a.k.a Danish so lagi syiokk nak main pasir. Budak2 ini lg excited main pasir dr main ombak tuh...

Adik manjang tidoq bila dah sampai...cas bateri..





Syoknya la main pasir, maklumla kat shah alam takdak...


Sapa yg pulun main ni sebenarnya?????

10) Kembali ke Shah Alam Khamis malam
Aku start keja hr Isnin, apa kes balik awai???? Bukan nak sambung jalan2 ye, en cikgu byk nk siapkan keja2 sekolah dia yg menimbun tu...tanggungjawab perlu dilaksanakan.


Moral of the day:
Next time kena ambik cuti awal cuti sekolah, baru blh bercuti se'maximum' mungkin. en cikgu suka buat keja last minit, baru feel...dia kata...

Last but not least.....YA HABIBI ......mood arab tak habih lagi


Friday, June 11, 2010

Arabian Night Dinner

Setelah melilau hampir 1jam lebih, akhirnya sampai la kat restoran nasi arab pujaan ibu/bapa menakanku ini.
Org penang lagi terror dr org sini nampaknya...hehehehehehe. We all kalau tempat jemm memang sorry la nak pegi. KL pun setahun tak sampai 10 kali pegi. Allergicnya jemm ni. Tp kan kalau dah tinggal area lembah kelang ni mmg tak blh lari punya dr badi jemm nih....huh.

Located at Seri Petaling. Menurut en cikgu dulu dia penah mai sini sekali & tempat ni memang markas utama tabligh. Yaa betul memang sampai je area tu ramai sgt manusia2 berjubah, berserban, berpurdah. Rasa mcm ala-ala kat negara timur tengah pun ada. Bukan setakat org Malaysia, dari segala pelusuk dunia ada di sini. Patut la restoran tu kat sini. Ya Habibi....

Tadaa...dah sampai... AL DIAFAH

Sebelum tu en cikgu nak menunaikan tggjawab yg amat penting yakni solat maghrib. Kat situ ada disediakan ruang solat. Aku tgh cuti sem masa tuh...heheheheh. Kat bawah restoran tu ada kedai Royal Dates. Macam2 kurma ada, dari yg fresh sampai ke kurma Ajwah. Best woo..masuk dlm kedai wangi semerbak haruman minyak atar. Perhiasan, jubah, semua ada & diimport khas dari negara arab...Ya habibi...


Masuk je dlm restoran tu fullamak..semuanya serba keemasan dan berukiran. Memang betul2 mcm kat negara arab lah. Terubat la skit luka dulu sbb tak dpt pi Egypt huhu... Banyak perhiasan yg fancy & arabian. Dgn tekonya, vase colourfulnya...

Dia punya toilet pun mak aiii...punya la cantik. 


Bukan setakat kat sinki tu, kat dlm toilet tempat nak ber... pun ada cermin berukir bagai...


Mula-mula dihidangkan arabian coffe jamu sbg meraikan tetamu. Baunya mak ai.....kuat bau rempahnya. Oleh kerana perut yg memang dah berkeroncong, terus je ngap tak sempat nak snap pic food masa sebelum makan tu..heheheh...

 
My Chicken Khabsa Rice & Starfruit juice

Fatin, Aisyah & BikNa pn ambik sama cam aku. Kami share jek sbb portion dia sgt lah byk menurut BikNa. Pak2 Arab kan mkn byk. BikNa order skali dgn Arabian salad. Sekali dia mai..aikk sikit je tak mcm dulu. Mamu pn order Khabsa Rice with Lamb. en cikgu share je dgn aku. Dia ni fanatik kambing sebenarnya. Tp sbb baru lps mkn sblm dtg td so, nak share jek..rugi..rugi...

Oleh kerana mcm tak cukup jek share kan, mamu tambah lagi menu Grilled Chicken Mhendy Rice. Fullamak yg ni lg sedap rupanya. Nasik dia mcm nasik minyak je tp tak berminyak sbb pakai olive oil. Which is very good for health. Ayam bakar dia pun hmmm...susah nk ckp sbb sedap sgt... bertambah-tambah eden makan...

My BikNa, Aishah & Fatin

ditemani "Pak Arab" a.k.a mamu
mcm pak arab kan mamu nih, cuma tak reti cakap arab je..heheheh

Thanks so much Mamu & Family for da compliment...

Sapa yg nak pegi restoran ni sila le pegi skodeng kat sini ye

Ni ada serba sikit gambar google utk lebih lanjut. TQ google & sapa2 yg terlibat


Makan ramai2 best nih..

Grilled Chicken Mhendy rice



Ni baru restoran yg betul, yg aku ambil atas tu restoran baru bukak lg selang sebuah.
Menurut mamu restoran yg lg satu tu open for event & ramadhan buffet.

YA HABIBI....



Apasal tah kali ni byk betoi mak aii..... terkena badi johan raja lawak la ni, dok tiru khalid

Tuesday, June 8, 2010

Our 1st Week on School Break

Weekend kali nih sedikit havoc. Maybe sebab abah a.k.a. abang a.k.a. en cikgu tau sebab week selepasnya bakal cuti panjang. So, kali ni ajaklah memana pun, semuanya ON!!! Pagi Sabtu we all brunch at Kayu Nasi Kandar Sek. 7. Kalau dah darah Penang+Kedah mmg takkan lari dengan nasik kegemaran ini. Kari kambing dia memang sedap, even aku yg tak gemar kambing ni pun blh la jugak terima disebabkan baunya yg kurang. So, blh repeat lg lain kali.

 Adik & kakak makan mee goreng mamak tak pedas. Sedap jugak..

 Kakak tetiba soh snap gambar dia plak. So mcm2 la aksi dia buat, ala-ala gadis myspace...eheheh

Adik pun seronok sakan, perut pun dah kenyang kan

OK, jom gerak tempat lain plak kali ni, kasut crocs baru..hehehe best..best..


Where we're heading after that?????
Sbb dari tadi dah cakap dengan kakak nk tgk ikan, so kakak pun dah menuntut janji, geraklah ke sini. Dekat-dekat saja, kedai ikan kat Sek. 2

Xian Leng Sek. 2 Shah Alam


Adik kena palam mulut, baru diam sikit. teruja bukan main dia tgk ikan

 Baru lepas tgk big fish...abah pun croc baru hehe

We all tambah jugak koleksi ikan utk akuarium yg mati segan hidup tak mahu tu. Asalnya ikan ada 12 ekor, dah tinggal 3 je. Now, ekosistem dlm akuarium tu dah ok so insyaallah ikan dah tak mati kot lepas ni....
Ikan bandaraya 2 ekor utk kerja-kerja mencuci, ikan ntahapanama 3 ekor...sempoi tak nama ikan tu..wakakaka...

en. cikgu sambung lagi pi membeli koleksi DVD. Dah lama tak layan best gak. Akibatnya kami telah melakukan marathon petang sampai ke malam untuk cerita-cerita ini. Sokong industri filem Malaysia nih...


Fuhhh...tiong kepala, perut pun mula la berbunyi. Pukul 9.30 mlm baru keluar rumah mencari makanan. Antara makanan dan tempat wajib yg selalu makan Sup Utara Power Sek. 18.
Kalau dah nama org utara...menu-menu cenggini jugak yg puas nak makan.. Adik & kakak pun join makan sama..Seronok tgk diorang byk makan. Alhamdulillah senang nak cari menu utara kat shah alam nih.

Aktiviti di sambung lagi sebab adik baru bangun tidoq je tadi. So, kasik dia berpeluh & letih sikit bersama kakak. Dah lama tak singgah sini di padang depan muzium shah alam. Malam2 tempat ni tiba2 jadi happening. Parent ramai yg membawa anak-anak bermain dan lari bebas sesuka hati di tengah padang.  Bawak bola sekali baru ada aktiviti. Ada jugak insan yang mengambil peluang untuk berniaga. Dari kejauhan dah nampak lampu-lampu terang...benda apakah itu????

Kami pun terjebak membeli...
 

Dah habis cerita hari Sabtu. Sambung lagi serita hari Ahad. en cikgu yg kebiasaannya ada kelas tusyen hari ni tiba2 mendapat sms. Hari ni takyah mengajar sbb ada hal. Terus timbul idea mcm nak kemana bini kaki jalan.
Semenjak tgk zuzie & nora pi mandi sungai, dah berkali-kali ajak en. cikgu. So, ajakan dicuba sekali, lagi...
ting!!...menjadi. en. cikgu cuba mangajak stem & family yg memang diketahui kaki jalan jgk. Mmg last minute plan, akhirnya menjadik...heheheheh tercapai gak cita-cita nk mandi sungai.

Adik & kakak yg tak mandi, alang-alang nak pegi mandi kan....


Cuaca panas-panas memang syiok sgt mandi. Walaupun matahari panas tegak atas kepala, tapi airnya tetap sejuk....Subhanallah, kuasa ciptaan Allah. Kakak & Adik sgt la teruja mandi manda ibu&abah pn sama. Takdak pun BBQ ke hapa. Tgklah next time well-planned boleh la nak ber BBQ ke khemah ke apa...

OK en. cikgu, next projek kita tau...
Related Posts with Thumbnails