Friday, November 19, 2010

Lets go to the Zoo

Kalau nak pegi Zoo je mesti akan nyanyi lagu nih, korang ingat lagi tak lagu ni???? Cari versi melayu takde plak. Begitu berkesan pengaruh iklan KFC ni sampai skarang boleh ingat.



Last time menjejakkan kaki ke sini masa Uzma 2 thn lebih. Tak sampai 3 thn dah naik harga ....
Dulu kalau tak salah utk dewasa RM15 je.
Harga tiket sekarang:
Dewasa : RM20
Kanak-kanak (3-12 tahun) : RM6
Warga emas (60 thn ke atas) : RM6
Parking kereta : RM4.20

Itu belum termasuk Taman Serangga & Taman Rama-rama. Kalau nak masuk situ kena tambah lg RM5.
Tak masuk pun taman2 tu, yg dok ada ni pn dah tak larat. Yg lebih menterkejutkan lagi tu, nak naik tram pun kena byr lagiii...Sorg RM3 satu round. Kanak2 tak ingat lak sebab bkn aku yg byr 
Apa nih, dulu tak kena byr pun, siap blh naik byk kali lagi.
Itu belum tgk lagi harga makanan kat dalam yg mmg betui2 mencekik leher...erkkk..

Danish, Uzma & Umar yang bersemangat nk tgk binatang....

Berkobar2 la semangt nih nk tgk binatang kat zoo, dengan harapan berpadanan dgn harga yang sepatutnya lagi best lah dr dulu memandangkan harga dah naik kan.
Hampa....lagi teruk dr dulu, dah la harga dah naik, kena byr tiket tram lg. Patutnya kena improve lg sbb dah naik harga kan. Harga makanan naik ada lah....

 Happy faces!!!

 Umar yang manja dgn tok abah

 Excitednya tgk gajah!!!

Mata masing2 melilau nak tgk binatang...hehehe

Nasib baik kitorang gagah jugak menunggu Animal Show pukul 3 ptg yang memang best.


 show belum start, dah chop tempat best siap2...

sementara menunggu beli ler popcorn yg mahaiii gilaaa..RM4 sebekas kenit tu.

Tak kisah la macammanapun, Apa yang paling penting anak2 seronok. Mama & Abah pun seronok bila cucu2 semua happy.
Kedatangan kitorang ke ZOO sempena kedatangan abah, mama, shiela & danish yg nak pi ambik ayu di Jengka. Zoo antara aktiviti tambahan hiburan.

Cakap pasal..eh cakap plak, taip pasal ambil pi ambik Ayu, pejam celik sekejap je rasa masa pegi hantar Ayu dulu. Sekejapnya 3 thn berlalu....Kalau Ayu further study kat Jengka jugak, sekali lagi la rombongan cik ani ke sana. rombongan cik ani sebab nickname mama org panggil ani...hehehe

Kalau korang perasan, tak nampak pun en.cikgu kan. Mmg pun dia tak ikut. Kebetulan masa rombongan cik ani mai Shah Alam, en.cikgu sedang melaksanakan tanggungjawab sbg anak mithali kat kampung dia nun. Rumah mertuaku telah dilanda banjir, air sampai para pinggang woooo. Dah surut air so nak jena la pegi cuci rumah yg berlumpur tu. Menantu kesayangan ni tak dpt nak ikut kebetulan kedatangan rombongan cik ani. Plus dgn budak2 kenit tu, ingat blh ke aku nk buat keja???

Dalam tengah search pasal zoo ni terjumpa satu blog yg sama hampa dengan Zoo negara skarang. Better pegi Zoo Melaka yg lebih murah & byk binatang. OK la, Zoo Melaka our next destination after this...
Hopefully better la mcm yg dicakap. Jom abah...jom!!!!

Wednesday, November 10, 2010

Ain & Lebar Daun Spa

Hujung bulan lepas aku telah dijemput untuk memeriahkan Launching Day Lebar Daun Spa, Salon & Gym. Apasal plak dijemput?? VIP bebenor ke aku nih???
Tokey kepada Spa ni tidak lain dan tidak bukan ex-schoolmate ku. Sangat bangga dan kembang sebab ada kawan yang dah berjaya macam AIN nih. Dulu-dulu kat sekolah kami panggil erul, saja je skarang aku nak tukaq pangge AIN plak...hehehehe.

So, pada sapa2 yang nak memanjakan diri silalah ke sini.
No. 42-I, Equine 9B,
Equine Park, 43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Tel: 03-8948 2565

Apa yg bestnya kat Spa ni, khas utuk perempuan sahaja. Ada gym khas untuk muslimah. So takdela kita nak rasa segan ke malu ke masa nk work-out nanti. Bila dah berpeluh2 tu alang blh terus buat sauna, berurut & berjakuzi kat situ. Nak buat treatment muka pun ada. Nak tau lebih lanjut??? Jgn lupa call ke no. di atas.
On the launching day yg bestnyer tuh ada Wardina. Actually aku sampai pun dah lambat. Itu pn hampir2 tak jadi, puas la aku memujuk en. cikgu, akhirnya berjaya jugak termakan jugak racun kikikiki...
Actually ini lah kali pertama berjaya mengajak en cikgu jumpa kawan2ku. Sebelum ni kalau reunion ka, open house ka apa ka jgn harap la dia nk pegi. Actually en cikgu pn kagum dgn kejayaan kawan aku ni.
Tokey salon & Wardina

AIN dalam usia yang muda dah jadi a very successful businesswoman. Sanggup berenti dr jadi lecturer. Lebar Daun Spa merupakan chain terbaru beliau. Sebelum ni dia dah ada pau & bakery factory, security company, ladang ternakan kambing, travel agency & restoran. Setahu aku semuanya masih berjalan Alhamdulillah.

Ni ler nama company travel dia tu. Nak tau lebih lanjut dan pakej apa yg disediakan, sila klik ke logo kat bawah tu ye.


Kebetulan hari launching tu Smart Journey ada buat promosi seperti dibawah. Sila2 pilih mana yang berkenan. Klik pada gambar nak lebih clear.




Sebelah salon tu jugak terletaknya Restoran Chara Kampung milik AIN jugak. Memang besar la restoran dia, tak sangka aku. Bangga sungguh ada kawan yg berjaya mcm dia. Macam2 menu ada disediakan, alamat dia sebelah alamat salon tu ye. Sila2 mai singgah.

Last but not least koleksi gambar-gambar masa launching day dr lensaku sendiri yg dah nazak. Nak beli kamera baru blm ada bajet, bajet semua dah pegi ke benda lain..huhuhuhu

 Gambarku dgn Ain yg very the gorgeous giteww, mekap tebal ek kali ni, maklumlah special day kan. Aku yg selebet gilerrr...bedak pun tak pakai...wakakaka

 Tangga nak naik ke salon pun sangat ler cantik kena hias...

lagi gambar dalam salon

lagi gambar diorang bertiga....dah aku fotografer, takde la dlm gambar...

Gambar dgn Wardina manjang tak sempat ambik, ramai sgt bergambar dgn dia. lgpn en cikgu segan nak ambik...eee geram betoi. Sibbaik ada jgk gambar dgn Ain. Sempat jugak sembang2 sgn Wardina, tak sombing pn & very humble. Cantik dah semestinya.

Tuesday, November 2, 2010

Can you spot the difference???


Cepat-cepat cari......kat mana??? Hehehe...

Jawapannya ialah di sini


...................


...........


.....

...


.




Dah lama nak tindik telinga Uzma. Nenek pun awal2 masa Uzma 2 tahun lagi dah nak beli subang. Nenek lepas ni blh beli ek.... Tak berani nak tindik suka2 hati. Biar dia mintak sendirik baru berani. Ini pun sebab tgk Kak Izzah (anak kepada baby-sitter) pakai subang. Kak Izzah ni mcm mentor Uzma la...segala-galanya nk mcm kak izzah. Rambut mcm kak izzah, subang mcm kak izzah, beg mcm kak izzah....Takdak plak gambar kak izzah, nnt bila2 nak snap lah gambar diorang berdua. Kak Izzah ni umur 11 tahun, anak bongsu kepada baby-sitterku.

Tindik hari Ahad lepas. Dari hari Jumaat dah merengek2 nak 'cucuk subang'. Dah pesan awal2 kena tahan sakit. Uzma pun dah janji takkan nangis, siap tahu nnt akan berdarah sikit. Punya la nak tindik subang.....
Of course cari kedai yg blh tindik serentak dua2 belah, kang sebelah je tindik dah tak mau lak dia. Subang 'star' tu pun dia yg pilih sendirik.
Uzma relax je masa tindik tu, en cikgu plak yg ngeri ketakutan...wakakaka Lepas tindik diupah aiskrim sundae cone Mekdi..kekekeke



Senyum sakan Uzma dah pakai subang...senyum bersinar-sinar...kekekek. Seronok bkn main dia, habih dicanangnya dia dah pakai subang.
Tak sangka dah besar kakak sekarang, lagi la dah mcm anak dara bila dah 'cucuk subang' kan.....

Lepas ni pening nak pi beli subang la plak.......
Related Posts with Thumbnails