Thursday, October 21, 2010

Umar = Humaira


Dengan kejamnya aku telah men'transform'kan Umar menjadi Humaira heheheh...Jangan salah paham, Cuma men'toncet'kan dia saja. Rambut Umar dah panjang sebenaqnya, tapi sebab kerinting so tak nampak la panjang.

Tak sampai 2 saat kejap je dah cabut. Baru siap ikat yg sebelah lagi, yang sebelah lagi satu dah siap2 cabut...adoyaii...

Terus jadi kembang setaman rambut wakakaka....


Kalau pakai kepiah ke songkok ke, topi ke mcmtu lah dia. Cepat dan pantas dan tangkas mencabut dr kepala. Baru nk eksyen2 dengan topi bg nampak hensem.




Cenggini la rambut Umar kalau pi jalan-jalan. Togel takdak topi ka, kopiah ka, apa ka. Suka jugak dia rambut curly. Boleh nampakkan springggy. Ramai yg tak bg potong, semua org suka rambut Umar mcm ni.

Tapi ayah dia (panggilan utk husband baby-sitter) dah siap2 warning ke aku, bila2 masa je nk bawak Umar potong rambut, kasik trim je skit.  Actually kesian gak kat dia, selalu tergaru-garu kat rambut tu ha. Tambah-tambah kalau berpeluh, selalu aku tlg garukan. Tapi cute kan kalo rambut kembang camni kan, keselesaan Umar pun kena gak ambik kira.

So, mcmana ek?? Nak kasik potong ke taknak ni???
Kalau tak potong, sure kembang elok je mcm ni kan, cute je budak ni




Dah besar nanti boleh gak buat mcm ni, Fuyyooo...hensem gak kan 



TAPI, jgn buat cenggini udah la ye nak oii...
kang kena hambat dengan kayu la.....


Wednesday, October 20, 2010

Selamat Hari Lahir Nurul Uzma - 18 Oct



Yee...Dah 5 tahun anak daraku. Tanggal 18 Oktober 2005 yang lalu Nurul Uzma telah selamat dilahirkan. Happy Birthday Nurul Uzma. Sesungguhnya ibu amat menyayangimu, tiada berbelah bahagi kasih sayang terhadapmu. Ibu sentiasa mendoakan anak ibu.
  • Terpelihara kebajikan dan kesejahteraan
  • Berjaya dalam semua perkara
  • Menjadi anak yang solehah
  • Menjad insan yang berguna


 Kakak mesti ingat Ibu sentiasa menyayangimu setiap detik & ketika,
Kakak pun mesti sentiasa menyayangi Ibu

  
Kakak mesti ingat Abah sentiasa menyayangimu setiap detik & ketika,
Kakak pun mesti sentiasa menyayangi Abah
 


 Kakak mesti ingat Adik sentiasa menyayangimu setiap detik & ketika,
Kakak pun mesti sentiasa menyayangi Adik

Dan juga adik lain dimasa akan datang....InsyaAllah..heheheh

Wednesday, October 13, 2010

Get Well Soon Arissa

Sudah 3 hari 'kepala' kami tak masuk ofis. Semua disebabkan her lovely daughter Arissa. Sian Arissa ni kali kedua admitted sebab cirit birit berdarah. Moga Arissa cepat sembuh ye.

Alhamdulillah sepanjang ketiadaan hang semua kerja dpt diselesaikan. Semalam kami semua Alami's Averossian nekad nak pi melawat adik Ica kita. Admitted at DEMC yg baru tu...lg teruja kami nk pi..hehehe

At lunch time, berombongan cik kiah ler kami ke DEMC. Seblm naik tiba2 ternampak ada kopitiam lak kat site. Ada baiknya kami melantak dulu. Sebab dah tau naik atas nnt sure berpot-pet tak ingat dunia punya. Kami plak kalau berjumpa riuh rendah habih  menyembang kekekeke.

Sha & Zuzie at front of DEMC


We all semua order benda yg sama, set masik tomato RM5 jek. Sedap nasik dia, lain mcm makanan kat SMC yg very healthy kurang masin, kurang manis, kurang sedap gitew.


Except teh ais zuzie la cam mahal sket kan. cam pelik je zuzie order hr ni, teh ais????? hmmm..

 

Zuzie & Moksha yg kelaparan

Memang cantik la DEMC baru ni compare dgn yg lama, interior & exterior semua cantik ala2 hotel gitew.
Wad kanak2 mmg verry ceria. Budak2 masuk sure terus jd tak sakit dok sini kekekek...
Seblm ketuk bilik, we all pun posing gedik2 la dulu wakaka..


Ni ha adik Arissa kita, ciann dia sakit. Kena mkn ubat tau, baru blh cepat keluar, dok lama2 sini sure boring. Balik rumah blh main dgn abg Hakim & kwn2.


Hati ibu mana yg senang bila anak dah sakit. Ibu Arissa be strong k n kena jaga kesihatan sama.

Muka keletihan noorasikin

Ibu mithali melayani anak

Sempat lg tu nk bergossip2 ek...

Kami semua mendoakan moga Arissa cepat sembuh & sentiasa sihat. Be a good daughter. To ibu Arissa, bersabarlah, ini semua ujian untuk ibu mithali...

Friday, October 8, 2010

Alhamdulillah Maktok


 Masih ingat entry aku pasai maktok yang kurang sihat dulu??
Actaully gambar maktok masatu sebelum masuk ICU lagi, masih di wad biasa. Masa aku buat entry tu maktok dah masuk ICU dan keadaannnya agak teruk mcm kat dalam gambaq ni.



Dengan wayar disana sini, leher maktok juga terpaksa ditebuk utk membolehkan maktok senang bernafas.
Masa ni semua org mcm dah putus harapan, sbb tu ayat mamu dlm sms mcm tu. Ayat yg mana??? mcm ni ha

"Yg terbaik daripada ALLAH swt samada nak dijemput balik dgn 'Husnul Qatimah' ataupun menyembuh dgn rahmatNYA"

Alhamdulillah berkat doa semua anak-anak, cucu-cucu, saudara mara dan sahabat handai semua maktok dah semakin sembuh dan ceria. Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah. Gembira sangat maktok dah makin sihat, cuma tak blh ckp kuat-kuat lagi sebab tebukan leher tu la. Insyaallah lama-lama nnt blh ckp dah.

Berbaloi dengan duit yang terpaksa dikeluarkan sbb sebulan lebih dok kat ICU di Hosp Pantai. Jumlah bil blh beli apartment satu.

Cuti hari raya lepas Alhamdulillah aku masih berpeluang melawat maktok, memeluk dan mencium maktok. Dia lah satu-satunya wakil maktok/datuk yang masih ada.

Tak sempat nk bergambar dgn maktok haritu, ramai sgt yang dtg melawat. Semua takmau melepaskan peluang bertemu maktok yg dah makin sihat. Ni gambar mak & abahku yang tersayang. Ni la masanya nk tayang mak & abah aku..... Cantik & hensem tak? kekekeke...


Moga maktok sentiasa sihat dan dirahmati Allah

P.S: Pada sesiapa yg masih ada maktok/opah/nenek/wan....hargailah mereka.....


Related Posts with Thumbnails