Wednesday, December 30, 2009

Tawar Hati


Semenjak kejadian itu, terasa dah tawar hati, tiada hati, patah hati or ayat ygsewaktu dengannya... Stiap hari asyik teringat, cuba mencari alternatif...hmmm blh ka mcm tu???
Oh tuhan, kuatkanlah hati hambamu ini, untuk menepuhi rintangan yg bakal mendatang....
Itulah gunanya insan tersayang, abang lah yg selau memberikan kata-kata semangat dan pujukan....selain mengkondem... Ayat-ayat y membolehkan terfikir dan menyedari betapa beruntungnya sekarang ni, kalau la...kena mcm lain cemana plak jadinya???


Seolah-olah mendapat sinar harapan baru walaupun sedikit.... harap2 semangat akan terus kuat untuk menghadapi...
Sampai dapat demam mengejut, kata abg maybe terlalu memikirkan sgt benda ni...
hmmm atau sebab susu yg membengkak ni??? hmmm...konfius2..
Kalau demam sbb terlalu memikiran mmg kronik sggh la....

Sunday, December 27, 2009

Self Therapy



Handbag : RM259.00, less 50% RM129.50

Kasut : RM99.00, less 20% RM79.50

Shirt : RM49 - best price

Cap : Free gift


Total Loss : RM 257.70

Rindu terubat

Sebelum2 ni pun kakak dah cuba2 nak rasa, ingatkan dah tak lalu. Mlm ni (23/12) saja bg peluang kakak rasa lagi. Aikk...lama pulak kakak hisap, mmg suka ke ni?
ibu : ada susu tak kakak?
kakak : ada...
ibu : byk tak?
kakak : banyak...
ibu : sedap tak?
kakak : sedap....
Lama jugak kakak hisap, dlm 15 minit jugak, sama2 dengan adik, dah jadi tandem nursing....
Mula2 rasa geli jugak, tapi then noticed, sama ja rasa cam adik hisap, biarkan la kejap, maybe kakak rindu....
Esoknya dah mintak lagi, hmmm... tak blh jadi nih kakak, kalau iktkan hati ok je, tp abah pulak tak kasi. Sebab kakak dah nak sekolah.
Kalau tidak blh jugak membykkan pengeluaran susu, dah kena rangsang double kan...tp tak elok jugak, kang lg manja lak kakak, manja saja takpe takut lg mengada2....
Takpa la kakak, dulukan dah rasa, bg can kat adik pulak ekkk.....

Wednesday, December 23, 2009

Hari Shah Alam

Diisytiharkan sendirik!!...
Setelah 5 thn bermastautin di Shah Alam akhirnya sampai juga sekeluarga ke sini. Jauhnyaaaa...


Tarikh Kejadian: 13 Dec 2009

(Pic from Google)
(Pic from Google)
Menurut pakcik yg jual aiskrim kat situ, weekend je ramai, even cuti skolah hari bisa pn takdak org.


(Pic from Google)
Entrance Fee, Adult : RM 3
Children : RM 1
Parking : RM 1

Abang dok berangan-rangan nak naik beskal, tapi niat tersebut disuruh lupakan aja Stem. For sure tak larat punya especially time nak naik bukit nnt. Dgn budak berdua tu lagi...fuhh!! Diorang dah rasa seblom ni.


(Pic from Google)
So, naik ni je la..Bus/tram yg bawak kami jenjalan


Destinasi pertama, off course di sini. Kakak dr rumah lg nak tgk snow tak habis2. Dapat la jugak merasa, kalo tidak asyik tgk kat tv je.


Excitednya, soh pandang camera pn takmo

Hmm..nak pi mana lagik pas ni???
Kali ni pegi dgn kawan abg 2 family
Family Stem, ija, ijoi & anas
Family Potek, ila, hafiz & aisyah

Family Potek tak pernah ketemu lagik, 1st time la ni, abg pn last jumpa gitu2 je masa study itm dulu, best gak dpt tambah lg kenalan baru. Kalo tak kerna diorang ni sure kami takkan sampai lg Bukit Cerakah ni.


(Pic from Google)

Potek & Stem ni vary active in Paintball. Baru tahu kat sini yg sekangkang kera ni pn ada paintball. Dari pi main jauh2 di ceruk rantau baik mai sini je. Abg nampak gayanya dah nk terjebak.

(Pic from Google)
Mau pakai complete cenggini baru gempak, dia dah mula berangan dahhh..

Dah letih beriadah, semua nak mengisi perut. Terus cargas ke sini. Abg dah ppenah sampai, tak bawak kami punnn...

(Pic from Google)
Terletak berhadapan Sirim


Bestnya kat sini ada boat riding pusing2 satu tasik Shah Alam
RM 5 per person
Adik dah strat meragam..mengantuk
Kakak seronok dpt pakai life jacket


Potek & Son


Family Stem, husband & wife berbaju merah


Family Potek
Aishah at 3 months old...lasak betoi dia dah jln merata2

Best shot kakak
Malam tu sambung lagik rumah kawan abg aka Rahman jemput makan kat rumah. Rezeki jgn ditolak!!!! Birthday anak dia, tak beli hadiah punn...
What a tiring day, but so fun...

Tuesday, December 22, 2009

Penantian yg belum berakhir

Progress as at December
Depan rumah


Rumah jiran-jiran, pagar tak pasang lg


Tembok gate



View depan rumah, sliding door & pintu macador blm pasang



Kitchen & dining area



Corridor blakang, ada para, maybe nk buat wet kitchen




Corridor blakang & jiran2 blakang



Tangga, blm pasang pemegang kayu, stor bwh tangga


toilet bawah


Dijanjikan siap sepenuhnya hjg thn ni, dah hjg thn sgt dah la ni, CF pn blm dapat...

Wednesday, December 16, 2009

Berdua dgn Mu - 05.12

Dek kerana hari best ni jatuh pada hari Jumaat, maka acara merendek di pospone keesokannya. Ya meredek......berdua je, budak2 tu ditinggalkan kejap. Best jugak mcm ni sekali sekala...
Justlet the pitcures story...

Breakfast

Shopping...dia sorg saja!

Lunch gajah..pukul 4 pm

Lunch total at RM70++, tisu pn kena kira gak RM0.40 satu & tisu basah RM2.00 satu. Hampess tul. Food dia mmg ok & sedap.

Monday, December 7, 2009

Our Wedding - 4.12


Alhamdulillah..sudah 5 tahun


  • mengharungi segala laluan dan rintangan,

  • sentiasa bersama waktu susah dan senang

  • lebih memahami diri masing2

  • bertolak ansur

  • bertambah anak

  • bertambah rezeki

  • bertambah membesar....wakakakaka

Sebab jatuh hari Jumaat, so nothing special...postpone esok...Our day tomorrow...

Kecut Perut

Adoi la...adoi la... pagi-pagi lagi dah dapat panggilan keramat... Seharian tak keruan, semuanya serba tak kena. Makan pun dah tak lalu. Camni rupanya kecut perut...
Takutnya nak menghadapi hari esok, cemana ni????
Dah la engkar dgn arahan hari ni.. Suami perlu lebih diutamakan. Family is everything!!!!

Ya Allah..selamatkanlah hambamu ini ...bantulah dan selesaikanlah tugasanku dengan sebaiknya!!!

Thursday, November 26, 2009

Panduan & Prosedur Membeli Rumah

Credit to Cari for the info
Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan urusan-urusan sebelum dan semasa membeli rumah :-

1. Pilih Lokasi Rumah.

a). Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan kos pengangkutan ketempat kerja.

b). Pilih lokasi yang stretegik, ada potensi untuk membangun supaya harga rumah dan kadar sewa meningkat dimasa depan.

c). Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.

(Bkt Tinggi dipilih disebabkan harga yg affordable, jauh sikit la dr rumah sekarang, tapi yg ni je kami mampu.
Kalau compare dgn Shah Alam mmglah kat sini lagi ramai Melayu, rumah di Bkt Tinggi sekarang komuniti Melayunya kuat jugak even ada ramai jugak chinese & india. Jiran etul2 depan rumah pn india, harap2 diorag ok la nnt.
Satu lg cara untuk menjimatkan minyak....pasang NGV)

 
2. Pilih Jenis Rumah.
a). Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.

b). Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah biliknya, parking space dsb.

c). Jenis hak milik, pajakan atau kekal.
(Rumah yg luas sikit, 2 storey demi keselesaan dimasa akan datang, nak tambah ramai lg umat Bani Muhammad nnt, Bilik tidur ada 4, Insyaallah cukup la nnt kalau tetamu nk dtg bertandang pun.
Memang kami cari jenis hak milik kekal free hold, blh tau kebaikan memilih free hold/lease hold di sini)

3. Pilih Pemaju.

a). Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar yang tersenarai di BSKL macam Sime UEP, Negara Prop., dll. Kalau pemaju keci-kecilan, takut projek terbengkalai. Macam kawan saya dah terkena, 3 tahun tak siap lagi.

b). Syarikat pemaju besar-besar ni, dia orang berurusan dengan pembeli secara professional, tak banyak kerenah. Dia orang mesti jaga imej. Kalau yang ada ISO 9000 ke lagi bagus.
(WCT Land memang dah famous buat litar F1 sepang & well-known, so insyaallah tak risau dah)


4. Pilih Peguam (Lawyer).

a). Loyar Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) - yang ni biasanya free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.

b). Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman - boleh cari sendiri atau suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung kepada jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit stem, photostat dan lain-lain documentations.

(Lawyer yg disuggest oleh pemaju, setakat ni semuanya ok, bab2 pembayaran ni kena buat satu entry khas,senang nk rujuk nnt)

5. Pilih Bank.
a). Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.

b). Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan 

(Yg ni memang senang cerita la, memandangkan kami pakai GOVERNMENT LOAN, hehehe, tak risau dah la, tang late payment je la sedikit tak best...)


6. Pengeluaran KWSP.

a). Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.

b). Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.

Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.

10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 + RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar semua simpanan itu.
Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000 saja (sebab dikira yang terendah). Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita decide berapa loan kita nak ambil. Kalau akaun 2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.

c). Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran :
i. borang permohonan,
ii. salinan S&P,
iii. salinan I.C.
iv. salinan surat tawaran loan.
v. salinan surat nikah (jika menggunakan nama suami-isteri bersama dlm S&P)
Boleh buat kat mana-mana pejabat KWSP. Pengeluaran akan datang setiap 3 tahun sekali untuk mengurangkan loan.

(Alhamdulillah kami berdua dah berjaya mengeluarkan KESEMUA yg boleh untuk akaun 2)


7. Lain-lain hal.

a). Jaga-jaga dengan 'late payment interest'. Yang ini ramai orang terkena masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri, pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam S&P ada kata " Without prejudice to the Vendor's right under clause bla...bla..." Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak pemaju atau pihak bank.

b). Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian hari.

c). Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum dapat CF dari pihak berkuasa tempatan) untuk mengelakkan dari melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh tapi rumah tak leh duduk - kena bayar rumah sewa lagi.

d). Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke. Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).

(Bahagian ni belum sampai lagi, harap2 semuanya nnt akan berjalan dgn lancar.....)

Updated 6.3.2011 - Alhamdulillah dah berjaya menduduki rumah tersebut. Walaupun agak lewat dr tarikh yg telah ditetapkan. Lewat selama setahun. Walaubagaimanapun penantian yg agak berbaloi sbb rumah tak byk defect, good quality.
Late payment tu mmg ada, cuma late payment utk bayar full 10% downpayment & akan terima surat dr pemaju setiap bulan, atas nasihat dr kakitangan pemaju sendiri....buat taktau saja....

Wednesday, November 25, 2009

Teratak Impian


Alhmulillah...Impian bakal jadi kenyataan tak lama lagi. Dijanjikan bulan 12 tahun ini, mggulepas buat spot check almost done. Fuhh...banyak nakkena sedia duit nih. Cadangan menda yg nak kena buat dulu:
  • Kitchen kabinet
  • Plaster ceiling, plain je takdak design
  • Grill
  • lampu+kipas

Semuanya yg basic dulu. basic pun dah brapa duit nk kena prepare tuh. EPF dulu dah habih labur ke Vios, so yg ni for sure akan pakai EPF abg lak. But accessories kitchen cabinet like hob, hood & oven abg dah ckp semua kena prepare. Aiseyy....dok mengharap ke incentive & Bonus je la....mintak2 la blh kumpul.

Aralia, Phase 4, 20 X 75

Harga : RM 266,000.00

Bumi Price: RM 248,000.00

Loan Approved : RM 240,000.00

Benda2 lain yg perlu dibayar akan di buboh kendian...sebagai panduan dan peringatan

Kehidupan Baru

Telah di pow untuk membeli menda alah ini. Best jugak. Seblom ni penah tanam pokok dalam agar2 buat tu, kiok jugak. Dah tak pernah bersiram. Kali ni ni Abg dah janji dia yg akan take care semuanya. Lagipun nak menyeronokkan kakak. Dia pn seronok jugak...
Tak pasal-pasal kena pow banyak ni. Nasib baik bulan ni dapat Incentive, Alhamdulillah.....
Ikan Guppy : 5 ekor
Ikan Thunder : 5 ekor
Sekarang ni hanya tinggal ikan Thunder 2 ekor berserta siput2 yang makin ramai...haiyaaa...
Baru-baru ni agak-agak dekat sebulan abg tambah lagi air sambil cuci sikit2...ok la u..hehehe

Keselamatan Keluarga di Masa Depan


Ini cerita minggu lepas...tiba-tiba abg buat cerita suspens. Ustazah sekolah tiba-tiba mai bercerita supaya berjaga-jaga tentang keselamatan keluarga dimasa depan. Hmmm..memang betul-betul suspens & tak sangka. Boleh dipercayai kah ustazah tu. Siap sumpah-sumpah lagi.
Org ini pun lagi satu hal, betulkah sebegitu??? Kami sememangnya di dalam di lema. Walaubagaimanapun keselamatan keluarga memang perlu sentiasa dijaga, bukan saja daripada orang itu, mala petaka memang akan datang bila-bila masa sahaja dengan izin-NYA.
Ya Allh Ya Tuhanku, Lindungilah keluarga ku dari sebarang bahaya & bencana.....

Saturday, November 21, 2009

Hari Ayam

Lunch at Hartz Chicken Buffet di Sunway Pyramid. Dah lama teringin tapi baru hari ni menjadi kenyataan. Berdua-duaan pulak tu. Alhamdulillah.. Memang puaih la makan ayam.
Buffet for 2 : RM 47.80 (with tax)
Stated as RM21.80 per pax
Not bad. Lain kali blh datang lagi. Semuanya ayam..ayam..ayam.....
Antara yang menarik.. (pic from google)


Depan restoran, masuk makan pukul 12pm, so mmg byk lg lauk, diorang mmg topup selalu

Garden Salad, so refreshing

Ni bhgn paling best...nyum nyum


Nasik pn ada jugak, with kari ayam & lain2 lauk & sayur


We all byk pulun roated chicken, fried chicken & onion ring

The fried chicken mcm hot & spicy KFC, mmg sedap, ada la dlm 6 ketul kami mkn berdua. Roased chicken pun best sgt, but little bit dry, tak selembut Kenny Rogers la but still OK. Onin ring tu mmg sgt2 dipuluni..co crispy, inion dia pn manis je, ada la 2-3 kali ulang ambik hehehehe, memul ingatkan calamari ring, kalo betul yg tu lg byk kot ambik..wakakakaka...
Mlm tu balik abg beli pulak Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah......Ayam lagi... memang sungguh hari ayam..
Related Posts with Thumbnails