Tuesday, May 31, 2011

Buah Tangan Kampungku

Kepulangan ke kampung atau kedatangan mereka dari kampung sememangnya sangat menyeronokkan dan menguntungkan. Sebabnya selain daripada dapat melepaskan rindu yang terpendam pada sanak saudara, off course lah akan ada buah tangan dari sana kan.

Kedatangan mama, abah, shiela dan ayu kali ini harusslah akan ada habuannya jugak, anak kesayangan yang jauh di perantauan kann. Kesian dah lama tak dapat rasa masakan mama.

Memandangkan baru pindah dan ada la tanah ceno'et kat kiri kanan porch tu, maka adalah sedikit ruang untukku berbakti pada tanah dan menjimatkan duit. Setakat ni kami baru tanam rumput....heheheh.

Alhamdulillah mama dah lama tolong semaikan anak pokok nih sebagai hiasan di taman larangan.


Korang kenal ke pokok apa ni?
Ish..ish..ish...yang tu pun taktau. Sila teka sendiri...
Nak beli kat sini barang 3-4 helai daun pandan pun dah 50 sen. Kadang-kadang nak pakai selai je, belen tu lama-lama layu di tasik madu je. Sama la daun kari pun, sekali nak beli sure kena satu dahan, bukan urat kecik-kecik tu, satu dahan bersamaam 20-30 tangkai. Itu pun dah seringgit, padahal nk pakai setangkai je kan. Arwah camtu jek dalam peti ais kan. Demi mengelakkan pembaziran sempena kenaikan tariff elektrik nih, mama kesayangku telah membantu dengan membawa pokok-pokok nih. Thank you so much mama!! Sememangnya tangan mama ni sejuk, tanam la apa pun insyaallah tumbuh dengan jayanya. Harap-harap tanganku mewarisi tangan mama.

Misi selepas ni nak mencari pasu untuk pokok-pokok peliharaanku. Moga mereka akan hidup dengan subur dan berjasa dengan baik.


Satu lagi benda yang wajib bawak balik ialah ini!!!!

|

|

|

|

|

|

|

|

\/

 

Apakebenda nih?
Ini ler tulang lembu, ekor lembu daging lembu beku dan isi ayam beku.
Banyak nih, stok utk 2-3 minggu jugak nih....
Sayangnya mamam+abah dengan ku...
Apasal takbleh beli sendiri ke kat sini???

Sememangnya stok sangat banyak kat rumah mama+abah sebab abah supplier bagi semua peniaga dan penjual daging. Kira senang cakap 'Tokey Daging'. Ni la panggilan pekerjaan abah di kampung. Nama Glamour 'Sidee Daging'.

Aku tau....mesti korang akan cakap "PATUT LAA....."
Elehhh...mcm la org tak perasan. Memamng pun ramai yg akan kata camtu bila tanya 'bapak kerja apa?'
Sedari azali lagi badanku memang tembam dan bulat...sampailah sekarang huhuhu....

Alhamdulillah janji sihat dan bebas dari penyakit. Dan yang penting suami masih sayang. Walaubagaimanapun masih jugak berusaha untuk mengurangkan berat badan azam setiap tahun yang tak pernah tercapai setakat mana yang boleh dan termampu.

Minggu depan nak balik kampung lagi...Yeeehaaa!!!! Off course akan ada lagi buah tangan yang akan diangkut. Syoknya balik kampung.

Monday, May 30, 2011

Multiple Celebration

Idok le banyak sangat sampai berpuluh-puluh. Tapi banyak la sikit dari bulan-bulan lain yang biasa. Bulan Mei bulan paling meriah pada tahun ini untuk diriku. Ini semua dek kerana dengan adanya Hari Konvokesyen adik kesayanganku Ayu. Konvokesyen utk Diploma je, tapi mesti la kena raikan jugakkan. Dan ini la juga masanya untuk mama & abah berjalan-jalan ke rumah anak kesayangan mereka. Jangan silap faham, semua anak-anak merupakan anak kesayangan....

Bulan Mei pada hari Ahad dalam minggu ke-2 juga merupakan HARI IBU. 20 Mei Hari Lahir Mama & 21 Mei Hai Lahir adik kesayanganku Shiela. Banyakkan nak celebrate? Dengan rajinnya seperti yang tersenarai dibawah:
                                                                                                           1) Hari Ibu
                                                                                                           2) Hari Konvokesyen Ayu
                                                                                                           3) Hari Lahir Mama
                                                                                                           4) Hari Lahir Shiela

Muka-muka yang diraikan....really luv them so much!!


 Tahniah Ayu! Berusaha lagi utk degree pulak ...

 Selamat Hari Lahir Mama yang ke 56
 & Selamat Hari Ibu, engkaulah ratu hatiku

 Selamat Hari Lahir Cikgu Shiela

Sempena dengan semua kejadian istimewa seperti di atas, dengan penuh rasa bersyukur dan berbesar hati bawak la semua yang hadir makan besar. Bagiku mcm ni pun dah dikira makan besar. Alhamdulillah dapat rezeki lebih sikit apa salahnya berkongsi bersama-sama orang yang tersayang. Lebih berkat dan selamat.
Sebelum kedatangan mama punyalah buat research cari tempat makan yang best. Oleh kerana hari kami nak makan tu jatuh pada hari lahir mama, maka mama diberi kuasa untuk membuat pilihan. Dah tanya awal-awal memang mama dah pilih Chinese Food. Punya la dok google Makanan China Muslim. Memang dah byk kan sekarang. Sedap-sedap plak tu. Oleh kerana agak kesuntukan masa, pilihan mama sempoi jek. Jom pegi sini dah le... Dekat je dengan rumah, boleh balik awal memandangkan En. Cikgu sekolah plak esok.
Mama suka sgt nak makan sayur banyak-banyak. So kat sini memang byk pilihan jenis sayur dan semuanya sedap-sedap belaka. Nasib baik sebelum tu memang ada jugak ter'google' pasal tempat ni, so dapat tahu beberapa kelebihan yang boleh digunakan.




Yupp...we all dinner kat sini je


Hasil dari kerajinan men'google' hari tu baru dapat tau ada diskaun untuk beberapa orang yang istimewa.

Memamg kalau kesitu tak ada pun diorang tayangkan keistimewaan ini. So, pada yang dah tahu tu, jangan sia-siakan keistimewaan ini. Kalau ada salah sorang yg makan tu kakitangan kerajaan, mai pinjam sat kad kerja tu, dapat gak diskaun. Kebetulan haritu ada 2 org kakitangan kerajaan yang makan sekali. Kalau boleh combine dua-dua kan bagus, boleh dapat 20% heheheh... melampau




Kalau takdak sesiapa kakitangan kerajaan yang makan sekali jangan risau!!! Kalau mak, abah, tok wan ke join makan sekali boleh dapat laaaaagi banyak diskaun. Tapi dengan syarat hari selasa je. Baru berkat bawak mak, abah, nenek yang dah tua tu datang makan-makan. Untuk lebih lanjut, sila klik kat bawah ni.
diorang kena bagi royalti nih sebab dah tlg promote...hehehe

Alhamdulillah semua orang kenyang dan happy malam tu. Seronok sangat bila dalam keadaan macam tu.


Last but not least, semoga anak-anak ibu akan belajar rajin-rajin dan berjaya macam mummy (panggilan untuk ayu).

Ambik Berkat!!!!

Friday, May 6, 2011

Delima

 Malam tadi masa tengah relax-relax susukan Umar tiba-tiba terdetik pasal Delima. Ya, Umar masih menyusu, dalam proses nak pisahkan tapi sangat tak sanggup huhu. Banyak sangat kaitan DELIMA dalam hidupku.

 Buah Delima memang sangat sedap dimakan. Akan makan terutamanya semasa mengandung, menurut ibu mertuaku, perempuan mengandung elok makan buah delima dan jangan buang atau skip even 1 biji. Sebab dalam 1 biji besar buah delima tu akan ada 1 biji kecil penawar. Sedap la plak tengok gambar buah delima nih, harus pergi cari lepas ni. Kaitan buah delima? salah satu buah kegemaranku.



Delima juga dikaitkan dengan perempuan cantik yang mempunyai bibir menawan 'bibir bak delima merkah'. Adakah bibirku semenawan itu?? Mesti la... perasan gila nak mampus, sebab tu ia berkaitan. Hahahaha....




Tiba-tiba pulak ada logo sekolah. Inilah sekolahku. Ya semasa di primary school, aku berada di kelas Delima selama 3 tahun berturut-turut. 1 Delima, 2 Delima dan 3 Delima. Delima merupakan kelas paling corot. Oleh itu setiap tahun dan penggal aku sentiasa dapat No. 1 dalam kelas Riak gila baby. Tapi bila masuk darjah 4, kelas mula disusun mengikut prestasi, so, on-off la no. 1 tu sebab ramai pesaing.



Lagi sekali logo, kali ni logo kolej kediaman ke-6 semasa belajar di UPM. Sekali lagi ku bertemu jodoh dengan Delima sebab ditempatkan di blok Delima. Masa ni dapat bilik no. 007, best wooo..no. bilik James Bond.





DELIMA hingga ke hari ini begitu dekat denganku. Rumah kediaman kami sekarang ni terletak di Lorong Delima jugak. Begitu kuat semangat ke'DELIMA'an dengan aku. Hahaha.



Agaknya apa "DELIMA" lagi yang bakal menyusul selepas ini????
Adakah bakal dihadiahkan dengan cincin batu delima???


 cantiknya!!!!!!!

Moga impian menjadi kenyataan...tak la berharap sangat tapi kalau dapat alangkah seronoknya hidupku. Dan semoga semangat 'DELIMA' yang baik-baik sentiasa menemani perjalanan hidupku.
Related Posts with Thumbnails