Tuesday, May 25, 2010

Tasik Kota Kemuning

Petang Ahad tu saja nak bwk anak2 jalan2 kat memana tasik, plan awal nak terjah tasik shah alam kat
sek. 2. Saja nak meramaikan umat yg sedia ada dgn nak parking pun susah.

Tiba-tiba dah sampai kat roundabout tu baru abg bg idea lg best...
"Jom kita try pi tasik kota kemuning nak tak"
Satu idea yg menarik, lgpn dah ada LKSA aka LAKSA (senang nk sebut) dlm 15 min dah sampai...

Happening jugak kat sini, siap ada yg jual layang-layang lagik, awal2 lagi kakak dah warning ...
"kakak nak main kite....."

Kakak & Adik sedang menikmati pemandangan....

Aktiviti Kakak
Ok, ready nk lepaskan
 
Asap kat belakang tu dr kilang manatah yg tak bertanggungjawab, mencemarkan alam betoi la...
Tinggi jugak kan, terror kakak main

Aktiviti Adik

Dah dapat kaki kan, tempat plak luas terbentang....
apalagi lari sana sini la adik...puas la berlari hrtu...cuma kena jaga2 takut terjun tasik je


 
Emmm..cedapnya mkn aiskrim..

Dah letih larik-larik, dok rest dgn ibu plak, kakak masih meneruskan aktiviti kite dia...bz sggh la..



see...ramai jugak kan yg dtg beriadah bersama keluarga


Akibatnya balik je maghrib tu adik dah start meragam...rupa2nya demam..
kakak pn seblm tu mmg dah on-off demamnya.....
Terpaksa la ibu EL hr isnin tu, kesian anak-anakku demam...
Sebab bawak ke situkah? Dr. pn siap tanya ada pegi mana-mana ke?
Dah la isu H1N1 dah start balik skarang ni

Muka budak demam yg meragam....

Harap-harap Kakak & Adik akan cepat sembuh.....

Thursday, May 20, 2010

Hari Guru 2010

17 Mei 2010

Sambutan hari guru 16 Mei dipospon ke hari ni untk sekolah kakak & sekolah abah. Cikgu dah bagi surat dan berpesan segala pesanan yang dapat dipesan…

Bawak makanan sorang sikit sbb nanti nak dikumpulkan dan makan beramai-ramai. Bawak dengan kuantiti sedikit sbb takmau membazir…

Ibu dengan patuhnya pun bawak la ini sebanyak ini. Kena ikut peraturan woooo..heheheh

Sebagai ibu yang berkerjaya malas ini saja la idea yg terlintas nak buat. Lagipun nugget ni mmg kegemaran kanak-kanak. Konfem habis punya…


Hari ni cikgu soh pakai baju kurung biasa lawa-lawa sebab nak menyambut kan…


Sian kawan kakak ni, mesti mak dia lupa hari ni kena pakai baju kurung. Nak masuk kelas pun mcm dah takut2. Mak dia bz sgtlah tu.

Mmg dah ambik iktibar dari kejadian dulu, cuti pn bawak uzma pi skolah…muahahahahah
Ramai jugak yg pegang sekuntum bunga nak hadiah kat cikgu nanti. Alamak…bab tu lupa la plak…


Satu lagi yg best hari guru nih sbb tak sabar nk tgk hadiah2 yg bakal abah dapat. Seronok tgk, walaupn hadiahnya tak seberapa tp mmg best ah mcm aku yg dpt

Bukak je pintu rumah…nah ambik ko selonggok dok ada….


Tak sabaq nih, terus diselongkar tanpa kebenaran semua khazanah yg ada….


Fuyyooooo…..byknya dpt hadiah kali ni…best..best…



Kakak & Adik diberi penghormatanutk membukak hadiah2 tu. Excitednya depa….. ibu pun excited

 
Selamat Hari Guru untuk semua guru didunia...especially to my hubby, ex-teacher/ex-lecturer/cikgu mengaji quran & kawan2 yang sgtlah ramai menjadi pendidik kini. Jasa korang semua akan dikenang hingga akhir hayat.

Saya mendoakan semoga sikgu-cikgu akan sentiasa dirahmati allah dan terus meneruskan perjuangn dalam mendidik anak bangsa...Allahuakbar!!!!!
(ucapan sama dlm fb)



Hadiah ni yg paling tak tahan!!!!...

betoi ka??? Jom kita tgk sikit...

Wednesday, May 12, 2010

Buruk Siku

Inilah yang dikatakan dugaan dan ujian daripada Allah juga kitaran hidup manusia. Ada masa kita senang, datng pula waktu susah, disusuli lagi dengan waktu senang. Rutin kehidupan. Semua kesusahan dan kesenangan perlu kita hadapi dan terima dengan penuh keredhaan.


Tidak terlalu seronok dan tidak terlalu bersedih untuk satu-satu perkara. Bersederhana. Inilah Roda-roda kehidupan.

Tazkirah lagi??? Off course la sebab mood sedih…huhuhu…



Lihatlah dunia…….Bestnya….

RM 4950 + 1000 (Contingencies) = RM 5950

Semua persiapan ke Cairo, Egypt dah buat. Nasib baik la tak bersiap bersungguh2, berhabis semua. Setakat membeli ala kadar dan mana yg tiada Ingatan Azizi Ali

Baju pun dah beli. Nak beli la yg senonoh sikit. Nanti apa pulak kata supplier kat sana, selekehnya staff Averroes. Beli baju pun bukannya Gucci ke, Versace ke or apa2 yg branded. Beli Scarlet Plus kat JJ. Itu pn kalau ada sale nak beli time sale jugak. Save mana2 yg blh. JCard Bkt Tinggi mggu ni..huhu


RM 239 + 5 (waranty 365 days) = RM 241
Dan juga telah membeli ini. Latest beli yang hantaran dulu la. Dah brapa kali tukaq bateri asyik kiok jugak tak sampai seminggu. So, allocate lah sikit demi masa. Yang elok sikit. Beli yang mahal sikit mahallah padaku tapi tahan lama, takyah beli ulang2 kali Azizi Ali lagi

Buruk siku betoi la…….

Tiba2 kena bagi balik, sebab trip ke Cairo kena tangguh. Adoi la KKM, kenapa jd begitu…huhuhu..

Beratnya hati nk bagi balik…..Dapat pegang kejap kira ok la….huhu. Tapi semua expenses tu kena pakai duit sendiri bulan ni. Sangatlah kopak bulan ini....

Tuesday, May 11, 2010

Rezeki Datang Lagi Setelah Pergi

Alhamdulillah....rezeki datang lagi setelah pergi...


R
Masih ada yang ingat, actually wakil diorang nak sgt2 dtg melawat org yg sakit dulu nih, tp abg tak bagi...
bukannya betul2 menolak, mmg mcm2 alasan la bg, segan la....dia yg segan sebenaqnya....muahahahha..

Luka tu masih lagi ada sakit sikit2 sbb kdg2 Adik suka stunt & tanpa sengaja tekan betul2 kat tempat tu..huhuhu....

hasilnya tiba2 duit tu dah beli benda ni. Takdak kena-mengena kan Takpalah, sama2 nak pakai nnt nk pakai hapanya sgtnya kat rumah almaklumlah cikgu juga nasib bini cikgu.

2 beranak dok ceweeyy...

RM 385
Dapat plak free antivirus Avira Antivir yg mmg nak kena beli, time-time ni dia nak expired, sgt kena pada masanya, alhamdulillah......


Sebab apa nak beli sgt printer nih? takkan selama ni takdak kan? Mustahil la cikgu takdak printer......

Printer lama abah...dah buruk kan, tp byk jasa..

Hasil kreativiti kakak...taktau nak curah tang mana dia buat tang sini pulak...


dengan rasminya dah sah jadi habuan adik...tgk la tu tgn kenit yg tak sabaq nak merongkah

Dalam Suka ada Duka..... (Balasan tuhan)

Mood gembira dalam sedih...ala2 karangan gitew...

Hari yang ditunggu akhirnya kunjung tiba. Sale yang sangat dinanti-nantikan oleh ibu-ibu sepertiku yang mana cuba menghabiskan menjimatkan wang dengan peluang seperti ini
Selepas dikhabarkan berita buruk baik ini, persiapan telah siap sedia dilakukan seperti memaklumkan pada baby-sitter dan juga yang penting sekali persediaan duit, juga persediaan mental dan fizikal. Kali ini persediaan fizikal dapat dijimatkan memandangkan Ati member sekali lagi peluang untuk menceroboh awal yang mana semua baju dan brg2 masih tersusun rapi. Ala-ala merasmikan gitu.

Yang menambah seronokkan lagi, ku agak cashier disitu telah silap membuat perkiraan TETAPI semua brgn telah ditag. Kemungkinan system yang digunakan mengalami kesilapan. Kuagak sahaja tetapi kudiamkan saja bad girl.

Antara hasil tuaian disana.


Baju merah putih RM1, Seluar belang2 RM1, Gift dalam kotak tu RM5/kotak, booties marron & biru RM3 per pair. Sangat murah kan......dan sangat cantik....

Total : RM151
Tag tp tak masuk: -+ RM142



 
 Ini saja ka??? Banyak lagi yang dapat dikaut..tetapi semuanya bagaikan sia-sia belaka. No mood to capture all the goodies.
Belum sampai rumah, satu malapetaka telah dikejutkan. Alhamdulillah jiwa raga selamat. Sang Kancil juga cuma patah No. plat. Tetapi wang dan ringgit telah cedera parah….Huwaaa..!!!
Mangsa kemikan.
Waktu kejadian: Lepas sale
Tempat kejadian: roundabout sek. 16
Tarikh kejadian: 24/04/2010


Kata Abang:


Ini semua balasan tuhan. Diatas apa yang telah berlaku masa sale pagi tadi.

Dengan ini ku berazam (Insyaallah) supaya sentiasa ikhlas dalam melakukan apa saja pekerjaan dan perbuatan.

Tazkirah abang lagi, semasa zaman Rasulallah, seorang pejuang Islam yang telah terkorban tidak diterima syahidnya. Kerana di dalam hatinya tiada keikhlasan untuk berbuat demikian, sebaliknya hanya untuk mendapat nama dan gelaran.

Ku Redha dengan kehilangan ku … RM400.00 + RM20 (No. plat)
Related Posts with Thumbnails