Thursday, November 26, 2009

Panduan & Prosedur Membeli Rumah

Credit to Cari for the info
Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan urusan-urusan sebelum dan semasa membeli rumah :-

1. Pilih Lokasi Rumah.

a). Pilihlah lokasi yang dekat dengan tempat kita bekerja untuk mengurangkan kos pengangkutan ketempat kerja.

b). Pilih lokasi yang stretegik, ada potensi untuk membangun supaya harga rumah dan kadar sewa meningkat dimasa depan.

c). Lokasi yang majoriti penduduknya sebangsa atau seagama, supaya senang urusan amal ibadat, berjamaah, kenduri kendara dsb.

(Bkt Tinggi dipilih disebabkan harga yg affordable, jauh sikit la dr rumah sekarang, tapi yg ni je kami mampu.
Kalau compare dgn Shah Alam mmglah kat sini lagi ramai Melayu, rumah di Bkt Tinggi sekarang komuniti Melayunya kuat jugak even ada ramai jugak chinese & india. Jiran etul2 depan rumah pn india, harap2 diorag ok la nnt.
Satu lg cara untuk menjimatkan minyak....pasang NGV)

 
2. Pilih Jenis Rumah.
a). Jenis rumah yang mampu kita beli dan sesuai dengan pendapatan kita. Tak kiralah apartment ke, teres ke atau banglow.

b). Saiz rumah yang sesuai dengan saiz keluarga kita. Keluasannya, jumlah biliknya, parking space dsb.

c). Jenis hak milik, pajakan atau kekal.
(Rumah yg luas sikit, 2 storey demi keselesaan dimasa akan datang, nak tambah ramai lg umat Bani Muhammad nnt, Bilik tidur ada 4, Insyaallah cukup la nnt kalau tetamu nk dtg bertandang pun.
Memang kami cari jenis hak milik kekal free hold, blh tau kebaikan memilih free hold/lease hold di sini)

3. Pilih Pemaju.

a). Pilihlah pemaju yang dah establish atau syarikat besar yang tersenarai di BSKL macam Sime UEP, Negara Prop., dll. Kalau pemaju keci-kecilan, takut projek terbengkalai. Macam kawan saya dah terkena, 3 tahun tak siap lagi.

b). Syarikat pemaju besar-besar ni, dia orang berurusan dengan pembeli secara professional, tak banyak kerenah. Dia orang mesti jaga imej. Kalau yang ada ISO 9000 ke lagi bagus.
(WCT Land memang dah famous buat litar F1 sepang & well-known, so insyaallah tak risau dah)


4. Pilih Peguam (Lawyer).

a). Loyar Pemaju untuk urusan perjanjian jual-beli (S&P) - yang ni biasanya free. Kalau kena bayar pun cuma duit stem dan photostat.

b). Loyar Bank untuk urusan perjanjian pinjaman - boleh cari sendiri atau suruh bank cari. Yang ini kita kena bayar. Jumlahnya bergantung kepada jumlah loan. Professional fees kalau tak silap 1% dari jumlah loan plus duit stem, photostat dan lain-lain documentations.

(Lawyer yg disuggest oleh pemaju, setakat ni semuanya ok, bab2 pembayaran ni kena buat satu entry khas,senang nk rujuk nnt)

5. Pilih Bank.
a). Pinjaman boleh dibuat dimana-mana bank yang menawarkan housing loan samada panel yang dilantik oleh pemaju atau cari sendiri.

b). Pilihlah bank yang menawarkan pakej terbaik, dari segi jumlah pinjaman, interest rate, tempoh bayaran balik dsb. samada cara Islamik atau konvesional. Biasanya boleh loan 90% dari harga rumah dan ansuran bulanan 

(Yg ni memang senang cerita la, memandangkan kami pakai GOVERNMENT LOAN, hehehe, tak risau dah la, tang late payment je la sedikit tak best...)


6. Pengeluaran KWSP.

a). Pengeluaran KWSP dari akaun2, boleh dibuat untuk membeli rumah pertama atau rumah kedua dengan syarat sudah menjual rumah pertama.

b). Jumlah duit yang boleh dikeluarkan dari akaun2 ialah perbezaan antara harga rumah dengan loan campur 10% dari harga rumah berbanding dengan jumlah simpanan dalam akaun2, dikira mana-mana yang terendah.

Contohnya : Harga rumah RM100,000. Loan RM90,000. Perbezaan RM10,000.

10% harga rumah RM10,000. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 + RM10,000 = RM20,000. Kalau akaun2 ada RM15,000 kita boleh keluar semua simpanan itu.
Kalau akaun2 ada RM30,000 kita cuma boleh keluarkan RM20,000 saja (sebab dikira yang terendah). Adalah dinasihatkan kita check akaun2 dulu sebelum kita decide berapa loan kita nak ambil. Kalau akaun 2 kita banyak, kita boleh kurangkan loan.

c). Dokumen yang diperlukan untuk memohon pengeluaran :
i. borang permohonan,
ii. salinan S&P,
iii. salinan I.C.
iv. salinan surat tawaran loan.
v. salinan surat nikah (jika menggunakan nama suami-isteri bersama dlm S&P)
Boleh buat kat mana-mana pejabat KWSP. Pengeluaran akan datang setiap 3 tahun sekali untuk mengurangkan loan.

(Alhamdulillah kami berdua dah berjaya mengeluarkan KESEMUA yg boleh untuk akaun 2)


7. Lain-lain hal.

a). Jaga-jaga dengan 'late payment interest'. Yang ini ramai orang terkena masa nak ambil kunci rumah. Tak kira kesilapan siapa samada pemaju sendiri, pihak bank atau pembeli, jika berlaku kelewatan on progressive payment pemaju tetap akan caj atas pembeli 10% dari jumlah bayaran yang lewat. Dalam S&P ada kata " Without prejudice to the Vendor's right under clause bla...bla..." Dalam hal ni pembeli tak ada hak nak bersuara langsung walaupun kesilapan yang menyebabkan kelewatan pembayaran dilakukan pihak pemaju atau pihak bank.

b). Semua surat-surat, salinan-salinan surat dari pemaju, bank atau loyar failkan baik-baik untuk rujukan jika timbul satu-satu masalah kemudian hari.

c). Tempoh S&P biasanya 2 tahun, dan ada juga yang 3 tahun. Pihak pemaju akan cuba sedaya upaya untuk siapkan rumah dan serahkan kunci dalam atau sebelum tempoh itu tamat, walaupun rumah itu belum layak diduduki (belum dapat CF dari pihak berkuasa tempatan) untuk mengelakkan dari melanggar perjanjian dan membayar interest kepada pembeli. Yang menjadi mangsanya pembeli juga sebab selepas handing over, loan dah kena bayar penuh tapi rumah tak leh duduk - kena bayar rumah sewa lagi.

d). Lepas ambil kunci check rumah betul-betul, ada crack ke, bocor ke. Komplain terus kepada pemaju sebab still under warranty (18 bulan).

(Bahagian ni belum sampai lagi, harap2 semuanya nnt akan berjalan dgn lancar.....)

Updated 6.3.2011 - Alhamdulillah dah berjaya menduduki rumah tersebut. Walaupun agak lewat dr tarikh yg telah ditetapkan. Lewat selama setahun. Walaubagaimanapun penantian yg agak berbaloi sbb rumah tak byk defect, good quality.
Late payment tu mmg ada, cuma late payment utk bayar full 10% downpayment & akan terima surat dr pemaju setiap bulan, atas nasihat dr kakitangan pemaju sendiri....buat taktau saja....

Wednesday, November 25, 2009

Teratak Impian


Alhmulillah...Impian bakal jadi kenyataan tak lama lagi. Dijanjikan bulan 12 tahun ini, mggulepas buat spot check almost done. Fuhh...banyak nakkena sedia duit nih. Cadangan menda yg nak kena buat dulu:
  • Kitchen kabinet
  • Plaster ceiling, plain je takdak design
  • Grill
  • lampu+kipas

Semuanya yg basic dulu. basic pun dah brapa duit nk kena prepare tuh. EPF dulu dah habih labur ke Vios, so yg ni for sure akan pakai EPF abg lak. But accessories kitchen cabinet like hob, hood & oven abg dah ckp semua kena prepare. Aiseyy....dok mengharap ke incentive & Bonus je la....mintak2 la blh kumpul.

Aralia, Phase 4, 20 X 75

Harga : RM 266,000.00

Bumi Price: RM 248,000.00

Loan Approved : RM 240,000.00

Benda2 lain yg perlu dibayar akan di buboh kendian...sebagai panduan dan peringatan

Kehidupan Baru

Telah di pow untuk membeli menda alah ini. Best jugak. Seblom ni penah tanam pokok dalam agar2 buat tu, kiok jugak. Dah tak pernah bersiram. Kali ni ni Abg dah janji dia yg akan take care semuanya. Lagipun nak menyeronokkan kakak. Dia pn seronok jugak...
Tak pasal-pasal kena pow banyak ni. Nasib baik bulan ni dapat Incentive, Alhamdulillah.....
Ikan Guppy : 5 ekor
Ikan Thunder : 5 ekor
Sekarang ni hanya tinggal ikan Thunder 2 ekor berserta siput2 yang makin ramai...haiyaaa...
Baru-baru ni agak-agak dekat sebulan abg tambah lagi air sambil cuci sikit2...ok la u..hehehe

Keselamatan Keluarga di Masa Depan


Ini cerita minggu lepas...tiba-tiba abg buat cerita suspens. Ustazah sekolah tiba-tiba mai bercerita supaya berjaga-jaga tentang keselamatan keluarga dimasa depan. Hmmm..memang betul-betul suspens & tak sangka. Boleh dipercayai kah ustazah tu. Siap sumpah-sumpah lagi.
Org ini pun lagi satu hal, betulkah sebegitu??? Kami sememangnya di dalam di lema. Walaubagaimanapun keselamatan keluarga memang perlu sentiasa dijaga, bukan saja daripada orang itu, mala petaka memang akan datang bila-bila masa sahaja dengan izin-NYA.
Ya Allh Ya Tuhanku, Lindungilah keluarga ku dari sebarang bahaya & bencana.....

Saturday, November 21, 2009

Hari Ayam

Lunch at Hartz Chicken Buffet di Sunway Pyramid. Dah lama teringin tapi baru hari ni menjadi kenyataan. Berdua-duaan pulak tu. Alhamdulillah.. Memang puaih la makan ayam.
Buffet for 2 : RM 47.80 (with tax)
Stated as RM21.80 per pax
Not bad. Lain kali blh datang lagi. Semuanya ayam..ayam..ayam.....
Antara yang menarik.. (pic from google)


Depan restoran, masuk makan pukul 12pm, so mmg byk lg lauk, diorang mmg topup selalu

Garden Salad, so refreshing

Ni bhgn paling best...nyum nyum


Nasik pn ada jugak, with kari ayam & lain2 lauk & sayur


We all byk pulun roated chicken, fried chicken & onion ring

The fried chicken mcm hot & spicy KFC, mmg sedap, ada la dlm 6 ketul kami mkn berdua. Roased chicken pun best sgt, but little bit dry, tak selembut Kenny Rogers la but still OK. Onin ring tu mmg sgt2 dipuluni..co crispy, inion dia pn manis je, ada la 2-3 kali ulang ambik hehehehe, memul ingatkan calamari ring, kalo betul yg tu lg byk kot ambik..wakakakaka...
Mlm tu balik abg beli pulak Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah......Ayam lagi... memang sungguh hari ayam..

Wednesday, November 18, 2009

Pain Day for Adik

Adoi la Adik.....apa nak jadi nih?????
Sudah 2 hari tak "membuang"....ingatkan normal rupanya mlm ni kan dah kena..
Seharian asyik merengek saja, meniarap je mesti landing kepala, ala2 menahan kesakitan gitew.
Budak kecik kalau sakit mmg kesian sgt kan...asyik2 merengek menangis..mcm ada yg tak kena..

Hmm..adik sembelit ke aaa? Seperti dpt merasakan kesakitannya...
Repeating The Old History....Kakak pn dulu mengalami nasb yg sama mcm ni, tp masa tu dah 2 thn lebih. Adik ni mmg betul2 advanced la. Baru 8 bulan dah dpt sembelit.

Demi menamatkan penderitaan Adik, percubaan berani telah nekad dilakukan. Kebetulan menda alah ni dah ada dalam fridge, apa lagi, ia nya telah selamat dimasukkan dalam lubang bontot Adik dgn bantuan Mr Durex, cian Adik nnt Adik sakit.

Pic search from Google, harap2 tuan empunya tak marah

Lepas masuk saja benda alah ni, menangis-nagis adik berjujuran airmata sambil berak. Masa bersalin dulu pn dah penah kena gak pakai ini. Perut terasa memulas-mulas. Tak payah teran semua isi keluar, Agaknya Adik nangis sebab sakit perut memulas-mulas. Kesiannya Adik, takpa demia kebaikkan Adik jugak ni. Hanya usapan diberi dgn harapan kesakitan Adik akan berkurang.

Disebabkan dah tak sakit, aktiviti memanjat makin ligat, semua tempat nak dijelajag, termasuk tin biskut pun buat drum. Tiba-tiba belum sempat dicapai Adik dah tertomoih ke depan, menambahkan lagi malang tertomoih atas cup plastik, meraung-raung lagi itu budak. Dengan pantas tetek disumbat untuk meredakn kesakitan. Kesian sggh2 kat Adik.

Dah reda, sambung main-main lagi atas tilam, tengah sedap2 tepuk dinding. Adik yg baru dpt lesen L dalam panjat memanjat ni tiba2 lagi bedebupp...terantuk plak lagi kat dinding.

Adoi la Adik, dah jatuh ditimpa tangga, dihempap tayar lagi...Dugaan org baru nak berjalan..

Harap-harap dengan semua kejadian ni Adik takkan ada sebarang komplikasi dalaman...Insyaallah.

Thursday, November 12, 2009

Ibu sayang anak-anak ibu

Mlm tadi kakak agak notty, main air teh, habis lantai basah.
Adik yg terlebih advanced ni pn dok memanjat2 sgt kat kosyen tu tiba2 licin jatuh, then kepalak terantuk kat lanjtai "kelepukkk"

Apa lagi ibu on terus mengeluarkan halilintar ka kakak....ni semua kakak la punya pasai main air..
Dok pujuk2 adik tu sambil kata

aku: saaaayang adik.....
adik: uwaaaa............
kakak: ibu sayang kat kakak tak??
aku: kalau kakak buat perangai baik2 ibu laaaaaagi sayang

Tiba-tiba sedih & terkedu plak aku, tak sangka kakak ambik pot semua cakap aku. Memang la sejak ada adik ni kakak kurang skit diberi perhatian compare masa dia sorg2 dulu. Ibu sentiasa sayangkan anak2 ibu.

Maybe perkataan sayang utk dia dah agak kurang sampai dia terasa sampai mcmtu sekali, asyik berganti dgn pekikan dan jeritan marah...Maafkan ibu sayang....
Ibu mmg syg sgt anak2 ibu, mmg tiada tolok banding & ganti. Ibu akan adil dgn anak2 ibu, sayang sama rata...

memang 2/3 hari ni agak baran, period kot, kakak pn byk buat hal la pulak time ni. Tambah bila tgk time dia tidoq, rasa sayu sgt...menyesaldok marah2 kakak selama ni. Tapi marah tu tandanya sayang, nak kakak jadi budak baik. Aku dah pernah explain kat dia menda ni. Moga2 nnt bila kakak dah besaq dia akan faham kenapa ibu buat mcmtu. Adik pn tak lama lg kalau notty2 sgt sure akan kena gak....
Related Posts with Thumbnails